Selamat datang ke Durus al-Arabiyyah. Saya amat mengalu-alukan kedatangan anda ke laman ini. Anda membuat keputusan yang tepat pada ketika ini sekiranya anda tercari-cari cara mudah dan cepat untuk belajar Bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quranul Karim. Kitab yang mulia yang menjadi panduan kehidupan kita. Bahasa Arab adalah antara bahasa utama yang dituturkan oleh sebahagian besar penduduk dunia meliputi Semenanjung Arab hingga ke benua Afrika.

Konsep pembelajaran yang saya ketengahkan ini adalah belajar sambil berfikir. Anda belajar bahasa Arab, mungkin suatu bahasa yang baru buat anda atau mungkin untuk menambahkan lagi pengetahuan bahasa Arab sedia ada atau…walau apapun tujuan anda, konsep yang saya tekankan ialah aplikasi pemikiran kreatif dalam bahasa Arab. Benar, kita tidak dapat menafikan kepentingan hafalan dalam mempelajari bahasa. Namun, kita boleh mendorong pemikiran untuk mengembangkan kefahaman kita dalam mempelajari bahasa Al-Quranul Karim.

Semoga dapat membantu anda belajar bahasa Arab dengan lebih mudah dan berkesan… Insya Allah. Sila layari laman-laman seterusnya, untuk memulakan pembelajaran anda.