Durus al-Arabiyyah

Belajar Bahasa Arab Dipermudahkan

Apakah tujuan belajar bahasa Arab? Saya seringkali bertanyakan soalan ini setiap kali menerima pelajar
baru. Oleh kerana golongan pelajar saya adalah daripada pelbagai latar belakang dan umur, maka
jawapan yang diterima juga adalah pelbagai.
Kebiasaannya pelajar yang belajar di peringkat sarjana muda akan menyatakan:
”Kami tahu tulisan Jawi, tulisan Arab kan macam tulisan Jawi, mudahlah nak score”, jawab pelajar
jurusan ekonomi.
”Saya sudah ada asas bahasa Arab”, sambung pelajar jurusan Sains Maklumat.
”Bahasa Arab kan bahasa al-Qur’an, bahasa syurga…sekurang-kurangnya ada manfaat jangka panjang”,
ujar pelajar jurusan kejuruteraan.
Pelajar peringkat dewasa peringkat sarjana muda yang bekerjaya pula memberikan komentar:
”Bahasa Arab bahasa orang Islam”, jawab seorang pelajar jurusan undang-undang.
”Saya ingat bahasa arab itu mudah untuk saya lulus…walaupun saya tiada basic”, seorang pelajar
perempuan jurusan perakaunan menjawab ikhlas.
Manakala reaksi warga emas tidak kurang menariknya:
”Saya hendak memahami al-Qur’an”, ujar pelajar yang pernah menjadi penulis sambilan Reader Digest.
”Saya hendak berkomunikasi bahasa tersebut”, jawab pelajar yang masih aktif dengan perniagaan.
Berdasarkan jawapan daripada responden-responden tersebut, pelbagai kesimpulan boleh dibuat iaitu
keinginan dan kerajinan untuk mempelajari bahasa Arab serta kesedaran akan kepentingannya.
Sebaliknya juga sekadar berfikir secara simplistik iaitu untuk lulus dalam peperiksaan.
Kepentingan bahasa Arab tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dari konteks agama. Al-Qur’an ditulis
dalam bahasa Arab dan ’hidup’nya bahasa ini banyak terkesan daripada mukjizat al-Qur’an yang dijamin
oleh Allah SWT.
Begitu juga, kitab-kitab karangan ulamak silam berbangsa Arab ditulis dalam bahasa Arab bahkan
banyak lagi rujukan untuk ilmu-ilmu selain agama ditulis didalam bahasa Arab meskipun penulisnya
bukan berbangsa Arab.
Manakala dalam konteks semasa, kita mendapati terdapat kesedaran tinggi masyarakat antarabangsa
untuk mempelajari bahasa Arab terutamanya selepas peristiwa 12 September. Meskipun, imej Islam
makin tercalar dan parah dengan insiden tersebut kerana ia dikatakan dilakukan oleh orang Islam
namun daripada positifnya ia mengalakkan masyarakat barat untuk mengkaji Islam dan dunia Islam.

Oleh yang demikian, mereka berusaha untuk mempelajari bahasa Arab kerana bahasa ini menjadi
medium bagi mendapatkan sumber ilmu yang sebenarnya.
Konklusinya, kita perlu jelas dalam mempelajari bahasa Arab. Mempelajari bahasa ini memerlukan suatu
keazaman yang tinggi serta pengorbanan masa dan wang ringgit. Kebosanan akan muncul sekiranya
anda tidak mempunyai tujuan yang jelas. Justeru, renungkan kembali tujuan anda mempelajari bahasa
Arab. Alangkah manisnya sekiranya anda merancang untuk tujuan jangka pendek dan jangka panjang.
Hasilnya akan anda kecapi semanis madu…

Categories: Umum

*
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Adakah Bahasa Arab S

Inilah soalan pertama yang saya kemukakan sebelum mengajar bahasa Arab ...

Apakah Tujuan Belaja

Apakah tujuan belajar bahasa Arab? Saya seringkali bertanyakan soalan ini ...

Sponsors